Wanita bakar apartmen selepas bertengkar dengan suami

Wanita bakar apartmen selepas bertengkar dengan suami

ehati
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang wanita berusia 40-an disyaki membakar unit apartmen sendiri selepas bertengkar dengan suaminya dalam kejadian di Geoje, wilayah Gyeongsang Selatan, semalam.

Menurut Agensi Polis Wilayah Gyeongnam, kebakaran tercetus kira-kira 10.55 malam di sebuah unit tingkat dua kompleks apartmen berkenaan.

Insiden itu memaksa 53 penduduk dipindahkan, manakala 20 orang mengalami kecederaan ringan akibat terhidup asap.

Kebakaran turut menyebabkan kerugian harta benda dianggarkan bernilai 30 juta won (RM91,086).

Siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal di unit berkenaan, dipercayai menuang petrol di ruang tamu sebelum menyalakan pemetik api.

Polis berkata, wanita terbabit dilaporkan bertengkar dengan suaminya sebelum kejadian berlaku.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN