WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump percaya rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin bersedia menamatkan perang di Ukraine namun menjangkakan proses damai mungkin memerlukan sekurang-kurangnya satu lagi pertemuan yang turut melibatkan pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky. Sebelum sidang kemuncak antara kedua-dua pemimpin itu berlangsung di Alaska, Zelensky dan sekutu Eropahnya giat meningkatkan usaha untuk menghalang sebarang perjanjian antara AS dan Russia yang mungkin tercapai dan boleh meninggalkan Ukraine terdedah kepada…










