WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan untuk bertemu dengan rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin pada 15 Ogos depan di Alaska. Trump turut mencadangkan kemungkinan pertukaran wilayah sebagai sebahagian daripada perjanjian akhir antara Moscow dan Kyiv untuk menamatkan perang di Ukraine. “Perjumpaan yang sangat dinantikan antara saya sebagai Presiden Amerika Syarikat dan Presiden Vladimir Putin dari Russia, akan berlangsung hari Jumaat depan, 15 Ogos, di Alaska,” kata Trump…










