SEREMBAN: Tiada sebarang penarikan keluar pelaburan asing dari Negeri Sembilan setakat ini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebaliknya berkata, negeri ini terus menerima kemasukan pelaburan baharu, dan kerajaan negeri optimis sasaran pelaburan RM10 bilion bagi tahun 2025 akan dapat dicapai. “Saya tidak menerima sebarang laporan berhubung pelabur yang menarik diri. Sebaliknya, Negeri Sembilan masih menerima pelaburan baharu sehingga kini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di…