Tiada henti tugas LRA di Selangor setakat Julai

Tiada henti tugas LRA di Selangor setakat Julai

Henti tugas
TENGKU AMIR Shah merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia peringkat Selangor di Taman Tasik Shah Alam, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada sebarang insiden henti tugas melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) direkodkan berlaku di Selangor sepanjang tujuh bulan pertama sehingga 31 Julai lalu berbanding beberapa kes dicatatkan pada tahun lepas.

Pengarah LUAS, Dr. Mohmad Asari Daud berkata, kejayaan itu adalah hasil keberkesanan tindakan rondaan, pemantauan proaktif dan intensif yang digerakkan pihaknya yang meliputi lebih banyak kawasan yang dikenal pasti berpotensi memberi risiko pencemaran kepada sumber air.

“Ekoran itu, lebih banyak insiden pencemaran berjaya dikesan dengan lebih awal dan ditangani segera oleh LUAS tanpa gangguan kepada LRA.

“Menerusi pemantauan 24 jam yang memfokuskan kawasan sensitif sumber air negeri, tiada insiden henti tugas LRA direkodkan berbanding 15 kes yang direkodkan pada 2020,” katanya pada program Sambutan Hari Air Sedunia peringkat Selangor, hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan program itu dan maskot yang dinamakan sebagai Sumaita.

Tambah Mohmad Asari, keberkesanan pelaksanaan itu juga hasil kebijaksanaan perancangan kerajaan negeri.

“Ia antaranya projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang telah siap sepenuhnya di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih,” ujarnya.

Sungai Langat sebelum ini dilapor menjadi sungai paling kerap tercemar di Selangor dalam tempoh dua tahun bermula 2023 dengan merekodkan sebanyak 16 kes pencemaran setakat Mei lalu.

Sungai yang terletak di Lembangan Sungai Langat itu mencatatkan jumlah pencemaran tertinggi berbanding sungai-sungai lain di negeri ini termasuk Sungai Sembah yang mencatatkan 14 kes, diikuti Sungai Selangor (13 kes) dan Sungai Gong (4 kes).

Lebih membimbangkan, kekerapan pencemaran di Sungai Langat berisiko menjejaskan bekalan air terawat kepada kira-kira dua juta pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN