Suami Eda Ezrin, tiga rakan pulang ke Malaysia - Utusan Malaysia

Suami Eda Ezrin, tiga rakan pulang ke Malaysia

SUAMI Eda Ezrin dan tiga lagi rakan selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suami kepada Eda Ezrin iaitu Mohd. Affendi Ahmad, 35, dan tiga rakannya yang dibebaskan atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda dan penyalahgunaan dadah dari Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand sudah dihantar pulang ke Malaysia pagi tadi.

Mohd. Affendi bersama Eridieka Mohd Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dekat ini pada pukul 11.15 pagi.

Perkara tersebut disahkan oleh ahli keluarga yang dihubungi pemberita di sini hari ini.

“Kesemua mereka masih berada di ICQS Rantau Panjang dan menjalani melalui proses sama sebagaimana Eda Ezrin (Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30) dan Nur Aida Mamat semalam iaitu dihantar oleh kakitangan Jabatan Imigresen.

“Kemudian mereka akan diserahkan kepada Polis Kelantan dan tiba ke Balai Polis Rantau Panjang untuk diambil keterangan selama beberapa jam,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, hanya penyanyi Bea Sobar Bea Eda Ezrin dan rakanya Nur Aida Mamat yang dibenarkan pulang ke Malaysia hari ini selepas dibebaskan sepenuhnya dari Penjara Wilayah Narathiwat di sini semalam.

Eda Ezrin dan rakannya itu dibenarkan pulang selepas melengkapkan proses dokumentasi.

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN