Suami Eda Ezrin, tiga rakan kembali ke pangkuan keluarga

Suami Eda Ezrin, tiga rakan kembali ke pangkuan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suami kepada Eda Ezrin, penyanyi Bea Sobar Bae bersama tiga rakan kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing hari ini selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini selama lima jam.

Suami penyanyi itu Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, memberi keterangan bermula pukul 2 petang sebelum dibenarkan pulang kira-kira pukul 7 malam.

Utusan Malaysia sebelum itu melaporkan, Mohd. Affendi dan tiga rakannya yang dibebaskan atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda dan penyalahgunaan dadah dari Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand sudah dihantar pulang ke Malaysia pagi tadi.

Kesemua mereka selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dekat ini pada pukul 11.15 pagi.

Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN