TAPAH: Maahad Tahfiz al-Quran Al-Ahmad di sini hanya mengeluarkan modal yang kecil untuk menghias pusat pengajian agama itu secara kreatif dengan pelbagai replika ikonik dan bersejarah negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025. Kawasan maahad seluas 0.81 hektar itu dihiasi dengan pelbagai replika yang mencuri tumpuan seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Condong Teluk Intan, slogan kemerdekaan, Tugu Negara dan wau. Selain itu, ribuan Jalur Gemilang dan bendera 14 buah negeri menghiasi…