JAKARTA: Menjelang sambutan 80 tahun kemerdekaan Indonesia, sebahagian rakyat negara itu menzahirkan kekecewaan terhadap kerajaan dengan mengibarkan bendera lanun daripada anime popular Jepun, One Piece. Bendera tengkorak bertopi jerami itu dilihat dipasang di bawah bendera kebangsaan merah-putih, yang biasanya dikibarkan sepanjang bulan Ogos menjelang Hari Kemerdekaan. Dalam anime tersebut, bendera itu digunakan oleh watak Monkey D Luffy sebagai simbol kebebasan, harapan dan penentangan terhadap autoritarianisme. Di Indonesia, bendera tersebut dikibarkan…










