PRN Sabah: BN mahu rebut semula kerusi tradisi  - Utusan Malaysia

PRN Sabah: BN mahu rebut semula kerusi tradisi 

MOHAMAD Hasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) menegaskan pendirian untuk bertanding di kerusi-kerusi tradisi yang sebelum ini diserahkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu supaya BN dapat kembali menjadi parti dominan di negeri itu selepas PRN Sabah Ke-17 diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata, banyak kerusi tradisi UMNO diserahkan kepada Bersatu pada PRN lalu atas semangat kerjasama namun akhirnya telah ditikam dari belakang.

“Kali ini, kita mahu ambil balik kerusi-kerusi tersebut yang pernah ‘dihadiahkan’ dan ‘disedekahkan’ kepada Bersatu ketika PRN Sabah terdahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau semalam.

Mengulas pengumuman Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mahu bertanding di 39 kerusi, Mohamad berkata, perkara tersebut bergantung kepada hasil rundingan yang sedang diusahakan.

“Bagaimanapun, pembahagian akhir masih tertakluk kepada rundingan yang sedang dijalankan antara parti-parti komponen termasuk BN dan Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak mahu terikat sepenuhnya sebelum memasuki PRN. Rundingan masih berjalan, tetapi jentera perlu jelas dengan arah tuju. Keutamaan kita adalah bertanding di kerusi yang kita menangi sebelum ini, serta kawasan yang secara tradisi milik UMNO,” katanya. –UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN