Presiden KRW FC terbuka terima kritikan, teguran

Presiden KRW FC terbuka terima kritikan, teguran

WAN Mohd. Fajarulekram Wan Mokhtar (dua dari kiri) menyerahkan jersi kepada Amar Amran (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Muhamad Zaki Harun (tengah) sebagai simbolik penajaan kepada KRW FC pada Majlis Pengumuman Presiden KRW FC di Butik Amar Amran Kota Bharu,Kelantan.UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warrior (KRW FC) Datuk Muhamad Zaki Harun terbuka menerima sebarang kritikan dan teguran daripada penyokong sebaik sahaja diberi mandat menggalas tanggungjawab itu.

Beliau berkata, setiap pasukan bola sepak tidak akan terlepas daripada menerima kritikan namun berharap ia dapat membina mampu menjadi pemangkin kepada perubahan dan kemajuan kepada KRW FC.

Menurutnya, semua pihak perlu memahami bahawa proses membina pasukan memerlukan masa dan kesabaran selain sokongan berterusan daripada penyokong.

“Kami sedar pasukan ini masih baharu dan dalam proses merangkak untuk mencari rentak terbaik.

“Kritikan yang bernas akan membantu kami memperbaiki kelemahan, tetapi jika ia bersifat semberono hanya akan melemahkan semangat pemain dan barisan kejurulatihan,” katanya kepada pemberita semasa majlis pengumuman beliau sebagai Presiden KRW FC oleh Ketua Pegawai Eksekutif KRW FC Wan Fajirulekram Wan Mokhtar di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, KRW FC turut mengumumkan Amar Amran Berhad yang diwakili oleh Yang Dipertua Operasinya Datuk Amar Amran (dua dari kanan) sebagai penaja baharu pasukan itu untuk musim ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, keputusan menggalas tanggungjawab itu dibuat untuk membina sebuah pasukan yang hebat dan dikenali sebagai antara yang terbaik di negeri ini.

“Walaupun sebelum ini tidak pernah terlibat dalam arena bola sepak, namun dengan semangat dan cita-cita terhadap bidang bola sepak ini menjadi pemangkin utama untuk saya menyertai pasukan KRW FC.

“Ia lahir daripada keinginan mendalam untuk terlibat dalam sukan bola sepak walaupun pasukan ini masih baharu dan merangkak, kami percaya gabungan tenaga serta nombor pemain yang ada akan membantu menjadikan KRW FC sebuah pasukan yang hebat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN