WASHINGTON: Populasi pendatang di Amerika Syarikat (AS) menurun lebih sejuta orang sejak Donald Trump memegang jawatan presiden pada Januari, selepas beliau mendefinisikan imigresen sebagai ancaman kepada negara. Menurut kajian terbaharu Pusat Penyelidikan Pew, jumlah pendatang di AS mencatat rekod 53.3 juta pada Januari, namun menurut kepada 51.9 juta menjelang Jun tahun ini. Daripada keseluruhan penduduk, 15.4 peratus adalah pendatang, berbanding paras tertinggi 15.8 peratus pada Januari. Kajian itu turut mendedahkan…