Polis Pahang minta bantuan Interpol jejak suspek curi cip kasino RM3 juta - Utusan Malaysia

Polis Pahang minta bantuan Interpol jejak suspek curi cip kasino RM3 juta

YAHAYA Othman (tengah) dalam sidang akhbar sempena Town Hall Discussion Satu Felda, Satu Tekad: Bebas Dadah, Kukuh Muafakat Sempena Kembara Ketua Polis Pahang Tahun 2025 di Dewan Semai Bakti Felda Mempaga 1, di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis Pahang mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian cip kasino bernilai RM3 juta di Genting Highlands pada 2 Ogos lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, maklumat tentang suspek berusia 44 tahun itu sudah diserahkan kepada Interpol selepas hasil siasatan mendapati dia dipercayai melarikan diri ke luar negara.

“Kita percaya suspek utama itu kini berada di luar negara. Polis juga sudah menghantar maklumat kepada pihak Interpol untuk mendapatkan bantuan mengesan pergerakan serta lokasi semasanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Town Hall Discussion Satu Felda, Satu Tekad: Bebas Dadah, Kukuh Muafakat Sempena Kembara Ketua Polis Pahang Tahun 2025 di Dewan Semai Bakti Felda Mempaga 1 di sini hari ini.

Menurut Yahaya, siasatan setakat ini tidak menemukan penglibatan orang bawahan atau individu lain, namun polis memberi tumpuan penuh terhadap penangkapan suspek pertama terlebih dahulu.

“Setakat ini tiada bukti penglibatan pihak lain. Kita akan fokus mengesan suspek utama dulu dan jika ada maklumat baharu atau bukti penglibatan orang lain, tangkapan susulan akan dibuat,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki tempatan, Victor Lee, diburu polis atas kehilangan cip di sebuah bilik kasino tertutup di Genting Highlands. Suspek dipercayai bekas pekerja kasino terbabit berasal dari Kajang, Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN