TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membina lapan lagi pos kawalan baharu di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini. Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ia terutamanya di Rantau Panjang dan Tumpat yang bertujuan memperkukuh kawalan keselamatan serta membanteras penyeludupan yang semakin licik. Katanya, pembinaan tambahan itu penting kerana sindiket penyeludupan dijangka mengambil kesempatan terhadap perubahan aliran…










