ISTANBUL: Penerbangan penumpang berjadual antara Istanbul dan Aleppo, Syria, kembali beroperasi semalam, selepas terhenti selama 13 tahun susulan konflik yang melanda negara itu. Menteri Pengangkutan Turkiye, Abdulkadir Uraloglu memaklumkan, syarikat penerbangan kebangsaan, Turkish Airlines, kini menawarkan penerbangan tiga kali seminggu di laluan Istanbul–Aleppo, iaitu pada setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad. “Turkish Airlines akan meningkatkan kekerapan kepada lima kali seminggu bermula 15 Ogos ini, dan setiap hari bermula 1 September,”…