NAIROBI: Beberapa siasatan dibuka selepas seorang lelaki warga Sepanyol memuat naik video dirinya menuang arak ke dalam belalai seekor gajah, yang mencetuskan kemarahan di media sosial. Rakaman itu menunjukkan lelaki terbabit berada di kawasan perlindungan hidupan liar dan minum bir popular tempatan, Tusker, sebelum memberikan baki minuman itu kepada gajah tersebut. “Sekadar Tusker dengan rakan bertaring,” tulisnya sebagai kapsyen pada klip video yang dimuat naik di Instagram. Video tersebut kemudian…