KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan (Mindef) sudah membuka tender untuk penyewaan empat buah helikopter yang akan ditutup September ini. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tender berkenaan dibuka semula berikutan notis pembatalan kontrak sewaan empat helikopter Black Hawk kepada syarikat sebelum ini yang gagal menyediakan mengikut tempoh ditetapkan. Menurutnya, penilaian sewaan itu turut akan mengambil kira pandangan-pandangan yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebelum ini. “Kita memang sudah…