KANGAR: Pelbagai usaha dan program dilakukan bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini. Tidak terkecuali, pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Putra dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kangar di sini yang mengambil pendekatan unik mengadakan program Rasa-Rasa Malaysia bagi memperkenalkan masakan tradisi kaum di negara ini. Menerusi program itu, seramai 260 murid-murid sekolah berkenaan telah diberi pendedahan menghasilkan aiskrim Malaysia yang tidak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak di…