MELAKA Lebih 10,000 peserta terdiri daripada pelbagai kaum berhimpun secara aman di Jalan Hang Tuah di sini bagi menuntut keadilan untuk Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang kematiannya masih menjadi misteri. Himpunan yang bermula seawal pukul 8 malam itu dimulakan dengan bacaan tahlil sebelum disusuli ucapan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis masyarakat serta pengamal undang-undang sebelum berakhir kira-kira jam 11 malam. Perserta turut membawa kain rentang, poster serta melaungkan…