LONDON: Seramai 30 hingga 50 kanak-kanak Palestin yang sakit tenat dan cedera akan dipindahkan dari Gaza ke United Kingdom (UK) untuk mendapatkan rawatan perubatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, lapor BBC. Mereka akan menjadi kumpulan kanak-kanak pertama dibawa ke UK untuk rawatan menerusi operasi khas kerajaan yang dikendalikan Pejabat Luar Negeri, Pejabat Dalam Negeri dan Jabatan Kesihatan negara itu. Menurut sumber, pemilihan kanak-kanak tersebut dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia…










