BEIJING: Korea Utara didakwa membina dan mengendalikan sebuah pangkalan peluru berpandu jarak jauh yang besar berhampiran sempadan China, menurut laporan badan pemikir antarabangsa. Laporan Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) mendakwa, pangkalan itu menempatkan senjata strategik paling canggih milik pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un. Langkah itu mencerminkan usaha berterusan rejim tersebut memperkukuh keupayaan serangan nuklearnya. Pangkalan tersebut terletak di Sinpung, wilayah Pyongan Utara, kira-kira 27 kilometer dari sempadan…