MELAKA: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan terhadap seorang lelaki warga Singapura yang didapati bersalah membunuh isteri dan anak tirinya dengan cara mengerat anggota badan mangsa, enam tahun lalu. Hakim, Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrul Nizam Zuraimy, 36, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Anselm dalam penghakimannya berkata, tindakan mengerat dan membuang bahagian tubuh…