Kerajaan perluas ekonomi, cipta pekerjaan berkualiti

Kerajaan perluas ekonomi, cipta pekerjaan berkualiti

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan me­­­n­g­ambil langkah mempelbagaikan dan mengembangkan ekonomi negara bagi membuka lebih ba­nyak peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat pada masa hadapan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Malaysia kini berada pada landasan tepat untuk mencapai aspirasi Madani yang bukan sahaja menekankan pembangunan fizikal tetapi memastikan rakyat turut menikmati hasil kemajuan negara.

Beliau yang juga menjalankan tugas Menteri Ekonomi berkata, matlamat kerajaan bukan sekadar menjadi negara yang membangun dari segi fizikal atau ekonomi tetapi juga memastikan rakyat turut merasai nikmat pembangunan yang dilaksanakan

Katanya, aspirasi Malaysia adalah berskala besar dan memerlukan pendekatan berani serta berbeza daripada kebiasaan untuk melonjak ke hadapan.

“Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) adalah satu pemangkin bagi mencapai aspirasi ekonomi Madani yang ada dan apa yang kita mahukan adalah apa yang dibuat kerajaan sampai kepada rakyat.

“Kita mengambil pergerakan untuk merencamkan ekonomi untuk membesarkan ekonomi dan mencari jalan bagi meningkatkan peluang yang ada dalam negara dan diterjemahkan kepada rakyat Malaysia mendapat pekerjaan yang lebih baik di masa hadapan.

“Aspirasi kita adalah satu aspirasi besar. Jadi kita perlu berani untuk melonjak kehadapan dan mengambil pendekatan yang lain daripada apa yang pernah dibuat,” katanya pada sidang akhbar selepas Pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Amir Hamzah turut yakin bahawa pelan jangka sederhana itu akan membuka lembaran baharu dalam agenda pembangunan negara dan perbahasan di Parlimen nanti akan memperincikan pelaksanaan strategiknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN