KUANTAN: Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dilaporkan selamat.
Kedua-dua mangsa yang belum didedahkan identiti kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan kedua-dua mangsa selamat.
Beliau berkata, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu selepas siasatan dilakukan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). – UTUSAN