PETALING JAYA: Peguam kepada keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir merayu agar pendakwaan terhadap lima remaja yang terbabit dalam kes buli pelajar berusia 13 tahun itu ditangguhkan buat sementara waktu bagi membolehkan pertuduhan lebih berat dikenakan. Peguam keluarga, Hamid Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kelima-lima remaja berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana membuli Zara Qairina. “Selepas kami mengeluarkan kenyataan media semalam, kami baru mengetahui bahawa lima remaja…










