Kejohanan bola sepak tujuh sebelah PDM Kubang Paya meriah - Utusan Malaysia

Kejohanan bola sepak tujuh sebelah PDM Kubang Paya meriah

AHMAD Nazrin Abdul Aziz bersama jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Arau bergambar bersama para pemain pada Kejohanan bola sepak tujuh sebelah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kubang Paya di di padang Kampung Padang Telela, hari ini.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kejohanan bola sepak tujuh sebelah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kubang Paya di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh bersempena sambutan Bulan Kebangsaan berlangsung meriah.

Ia disertai lapan pasukan termasuk dua pasukan kanak-kanak.

Kejohanan yang berlangsung di padang Kampung Padang Telela itu dianjurkan Pemuda UMNO Bahagian Arau dengan kerjasama PDM Kubang Paya dan Kampung Katong.

Pasukan yang bertanding dalam kejohanan berkenaan menunjukkan semangat kesukanan yang cukup tinggi dan menyajikan aksi sengit bagi setiap perlawanan.

Juara bagi kejohanan tersebut menerima hadiah wang tunai RM350 dan medal manakala naib juara membawa pulang wang tunai RM250 serta medal selain pelbagai hadiah menarik lain.

Sebelum berlangsungnya perlawanan akhir, turut diserikan dengan aksi pertunjukan membabitkan pemain daripada barisan jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Arau dan pasukan dari kampung berkenaan.

Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Ahmad Nazrin Abdul Aziz berkata, kejohanan tersebut berlangsung meriah dengan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pemain.

Katanya, kejohanan tersebut juga antara aktiviti yang diadakan pemuda bahagian bagi mendekati golongan muda di kawasan DUN Pauh ini.

“Selain bola sepak, kita juga menganjurkan pelbagai aktiviti bersama golongan muda dan masyarakat seperti karom dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Pemuda UMNO Bahagian Arau akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti dalam mendekati masyarakat dan anak muda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN