Kedah sedia baiki kelemahan - Victor - Utusan Malaysia

Kedah sedia baiki kelemahan – Victor

AKSI para pemain dalam perlawanan pembuka tirai Liga A1 Semi Pro antara Perlis GSA FC dengan Kedah FA di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Ketua Jurulatih Kedah FA, Victor Andrag tetap berpuas hati dengan aksi ditampilkan anak buahnya biar pun sekadar seri 0-0 bertemu Perlis Guar Syed Alwi (GSA FC) yang beraksi dengan 10 pemain dalam aksi pembuka tirai Liga A1 Semi Pro di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini semalam.

Andrag berkata, biapun Kedah dibarisi tonggak import, namun para pemain masih perlu memperbaiki beberapa kelemahan selepas ini.

Katanya, keserasian antara pemain juga masih boleh diperbaiki dalam mengukuhkan lagi pasukan menghadapi perlawanan selepas ini.

“Untuk perlawanan pertama kita dapat cipta banyak peluang cuma tidak berjaya menyempurnakan untuk menghasilkan gol. Keseluruhannya baik, namun keserasian pemain belum ada, jadi banyak benda kena perbaiki.

“Tapi untuk perlawanan ini, kita masih gembira apabila dapat bawa pulang satu mata,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Perlis GSA FC menunjukkan semangat juang yang tinggi meskipun beraksi dengan 10 pemain apabila berjaya mengikat Kedah FA 0-0.

Perlis beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanannya, Muhammad Nasri Ahmad Thauhid dilayangkan kad merah pada minit ke-35 setelah melakukan terjahan keras ke atas pemain lawan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN