TOKYO: Jepun akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif untuk mengajar bahasa Jepun kepada kanak-kanak berketurunan asing, lapor Kyodo News. Langkah itu bertujuan menangani kekurangan guru mahir dalam bahasa seperti Portugis, Cina dan Sepanyol. Kementerian Pendidikan merancang untuk menggabungkan aplikasi terjemahan berkuasa AI dengan pengajaran dalam talian bagi memastikan semua pelajar mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang. Garis panduan itu dijangka dimuktamadkan tahun ini, dengan perbelanjaan berkaitan dimasukkan dalam permohonan belanjawan…









