TAWAU: Seorang wanita berusia 36 tahun dan anak lelakinya berusia sembilan tahun meninggal dunia dipercayai akibat keracunan makanan selepas menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 10.30 pagi 12 Ogos lalu daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang memaklumkan ibu saudara dan sepupunya meninggal dunia dipercayai akibat keracunan…









