KUALA LUMPUR: Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir kekal dengan pendiriannya selepas dua kali ditanya mengenai proses bedah siasat terhadap jasad anaknya ketika di hospital pada 17 Julai lalu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada kali pertama, pegawai penyiasat menemui ibu mangsa, Noraidah Lamat selepas doktor mengesahkan kematian pelajar tersebut, namun wanita itu menolak untuk berbuat demikian. Katanya, wanita itu menyatakan bahawa dia mahu pengebumian anaknya…