PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyantuni seramai 40 cendekiawan Indonesia di Masjid Putra, di sini. Mereka yang bernaung di bawah Majlis Cendekiawan Madani Malaysia – Indonesia (Malindo Madani) 2025 itu turut menyerahkan Deklarasi Kuala Lumpur Malindo – Madani kepada Anwar. Dokumen deklarasi itu diserahkan oleh Pengerusi Pusat Dialog dan Kerjasama antara Tamadun Indonesia, Indonesia, Prof. Dr. M. Din Syamsuddin selepas solat Jumaat. Anwar ketika ditemui berkata, beliau…
								
								
								
											








