KUALA PILAH: Tarikh keramat 31 Ogos 1957 turut menyimpan kisah tersendiri buat seorang pesara guru Razali Yassin, 68, yang turut dilahirkan pada tarikh yang sama. Dia memberitahu, kelahirannya pada hari berkenaan hampir membuatkan dia digelar Muhammad Merdeka. Razali berkata, cadangan nama itu timbul daripada gurauan rakan-rakan bapanya selepas mendengar berita kelahirannya pada hari pengisytiharan kemerdekaan negara. Anak kedua daripada lapan orang adik-beradik itu memberitahu, dia dilahirkan di rumahnya yang terletak…