PETALING JAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadual di ibu negara hari ini, dijangka turut membincangkan isu penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak. Selain itu, mesyuarat dijangka turut membincangkan penubuhan Pusat Kanser Sarawak dan keperluan infrastruktur kesihatan di negeri itu. Mesyuarat juga dijangka membincangkan permintaan autonomi pendidikan oleh Sarawak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia bukan soal menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Sarawak, sebaliknya memberi pertimbangan terhadap…