Ahmad Nazri selamatkan maruah Kelantan WTS - Utusan Malaysia

Ahmad Nazri selamatkan maruah Kelantan WTS

NAZRIN Nawi (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Manjung City FC pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bek kanan Kelantan WTS Ahmad Nazri Muhamad menjadi penyelamat apabila jaringannya pada minit ke-75 membantu pasukannya meraih keputusan seri 1-1 menentang Manjung City FC pada perlawanan Liga A1 Semi Pro di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, tuan rumah dipaksa bekerja keras apabila pelawat melakukan serangan bertali arus ke kubu Kelantan WTS yang menyaksikan Muhamad Syazwan Yusoff bermandi peluh untuk menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi lawan.

Amreel Iqbal Hafiz meledakan jaringan pertama untuk Manjung City FC pada init ke-22 selepas tenang menyambar bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh Muhammad Syazwan hasil rembatan deras Emmanuel Atiso Geli.

Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan WTS cuba bangkit namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 itu kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan WTS tampil dengan aksi bertenaga untuk mendapatkan jaringan bagi mengikat kedudukan.

Minit ke-75, Stadium Sultan Muhammad IV bergema dengan sorakan penyokong apabila Ahmad Nazri menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Perlawanan selepas itu menjadi lebih menarik apabila kedua-dua pasukan memperagakan aksi berbalas-balas serangan.

Keputusan 1-1 itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

Selepas mengharungi dua perlawanan, Kelantan WTS menghuni tangga kedua liga dengan mengumpul empat mata ketinggalan dua mata dengan pasukan pendahulu Armed Forces FC-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN