5,965 pelajar tingkatan enam terima BAP RM150

5,965 pelajar tingkatan enam terima BAP RM150

BAP
AMIRUDIN Shari bergambar bersama wakil pelajar pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Murid Tingkatan Enam Semester 1 2025 Peringkat Selangor dekat Kolej Tingkatan 6 Pra Universiti Shah Alam, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 5,965 pelajar tingkatan enam di negeri ini menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) oleh Kementerian Pendidikan sebanyak RM150 setiap seorang dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM894,750.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan tersebut sebelum ini diberikan kepada pelajar tahun satu hingga tingkatan lima dan diperkenalkan kepada tingkatan enam bermula tahun ini di 37 buah sekolah seluruh negeri.

Menurutnya, turut akan diberikan adalah bantuan baucer buku sebanyak RM200 setiap seorang yang sebelum ini diberikan kepada mahasiswa universiti.

“Sebelum ini ia diberi kepada pelajar di universiti. Bantuan tersebut akan disampaikan sebelum hujung tahun ini kepada pelajar-pelajar tingkatan enam di negeri ini.

“Selain dari itu pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)turut akan diberi bantuan sokongan RM1,000. Buat permulaan kita sampaikan kepada 15 pelajar,” katanya pada program penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam (KETSA), hari ini.

Tambah Amirudin, pihaknya juga bersedia membantu pelajar tingkatan enam melalui jabatan pendidikan untuk mengikuti latihan dan program persediaan sebelum masuk ke universiti, supaya mereka tidak mengalami kejutan budaya di institusi pengajian tinggi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×