JAKARTA: Sekurang-kurangnya 365 pelajar di sebuah bandar di Indonesia jatuh sakit selepas menikmati hidangan di bawah program makanan percuma Presiden Prabowo Subianto. Kejadian terbaharu itu merupakan kes keracunan makanan terbesar setakat ini melibatkan program tersebut. Menurut pihak berkuasa tempatan, makanan sekolah di Sragen, Jawa Tengah, digantung sementara sehingga sampel diuji bagi memastikan tiada pencemaran. Program bernilai AS$28 bilion (RM117.9 bilion) itu dilaksanakan sebagai janji kempen presiden untuk menangani masalah kekurangan…










