KOTA BHARU: Taktik licik seorang lelaki warga Mesir menggunakan pasport palsu semasa memohon lanjutan Pas Lawatan Jangka Panjang membawa padah selepas ditahan selepas ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan semalam.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan semasa sedang berurusan kaunter Bahagian Visa, Pas dan Permit Kompleks Imigresen Kelantan.
Pengarah Imigresen negeri, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan, semakan mendapati lelaki berkenaan telah tinggal lebih masa melebihi dua tahun di negara ini.
“Suspek turut mengemukakan pasport baharu yang mempunyai nombor sama dengan pasport lama, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap ketulenan dokumen tersebut.
“Susulan itu, kita telah menahan suspek di Depot Imigresen Tanah Merah dekat sini untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamed Yusoff memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pasport 1966.-UTUSAN