Warga emas maut motosikal dihempap dahan pokok - Utusan Malaysia

Warga emas maut motosikal dihempap dahan pokok

SEORANG warga emas maut setelah motosikal ditungganginya dihempap sebatang dahan pokok besar yang tiba-tiba patah di Kilometer 34, Jalan Kuala Bera–Chenor di Bera, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian menyayat hati apabila motosikal yang ditungganginya dihempap sebatang dahan pokok besar yang tiba-tiba patah di Kilometer 34, Jalan Kuala Bera–Chenor, di sini petang semalam.

Mangsa, Kamar Seman, 65, dari Kampung Batu Papan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.50 petang, ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Kampung Batu Papan Tengah menuju ke rumahnya di kampung berhampiran.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebatang dahan pokok besar yang berada di tepi jalan tiba-tiba patah dan terus menghempap mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5.

“Orang awam yang berada berhampiran segera menghulurkan bantuan dan berjaya mengalihkan dahan yang menghempap mangsa, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee, mangsa tidak mempunyai sebarang rekod penyakit kronik dan kematiannya diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN