PETALING JAYA: Usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada dikemukakan di Dewan Rakyat atau sebaliknya akan diketahui pada hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, sebarang pengesahan berkenaan perkara itu akan dimaklumkan pada hari pertama mesyuarat kedua penggal keempat Parlimen ke-15. “Nanti saya akan umumkan esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia. Kelmarin, Anwar berkata, beliau tidak pernah menghalang penganjuran…