KYIV: Ukraine mencadangkan satu lagi pusingan baharu rundingan damai dengan Russia yang dijangka diadakan minggu hadapan. Perkara itu diumumkan Presiden Volodymyr Zelensky, hanya beberapa jam selepas serangan udara Russia di seluruh Ukraine meragut lebih banyak nyawa, kelmarin. Dua pusingan rundingan terdahulu yang diadakan di Istanbul tidak membawa sebarang kemajuan ke arah gencatan senjata, sebaliknya hanya menghasilkan pertukaran tahanan berskala besar dan perjanjian pemulangan mayat askar yang terkorban. “Setiausaha Majlis Keselamatan, Rustem Umerov, turut melaporkan beliau mencadangkan pertemuan seterusnya dengan pihak Russia minggu hadapan. “Momentum rundingan ini perlu dipertingkatkan,” kata Zelensky…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya