Tujuh cedera selepas bas ekspres langgar palang

Tujuh cedera selepas bas ekspres langgar palang

KEADAAN sebuah bas ekspres yang melanggar palang had ketinggian dalam kejadian di Jalan Arab Malaysian menghala ke Bukit Mahkota, Bangi, Selangor di Nilai, Seremban, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Tujuh individu mengalami cedera ringan selepas sebuah  bas ekspres yang dinaiki melanggar palang had ketinggian dalam kejadian yang di Jalan Arab Malaysian menghala ke Bukit Mahkota, Bangi, di Nilai di sini malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (PBKI) (KUP) Azmi Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu sekitar pukul 10.30 malam.

“Mereka yang cedera melibatkan empat lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 50-an,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, difahamkan bas berkenaan yang membawa seramai 19 penumpang itu dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka.

“Mangsa termasuk pemandu bas yang mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan di zon hijau Hospital Serdang,Selangor,” katanya.

Ujar beliau, operasi menyelamat dijalankan oleh sembilan anggota pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai bersama satu unit jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN