WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyifatkan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell, sebagai ‘dungu’ kerana mengekalkan kadar faedah yang terlalu tinggi. Beliau turut mendakwa Powell akan meninggalkan jawatan itu dalam tempoh lapan bulan. “Saya rasa dia buat kerja teruk, tetapi dia akan keluar tidak lama lagi. Dalam lapan bulan, dia akan keluar,” kata Trump dalam sidang media ketika pertemuan dengan Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. di Rumah Putih,…










