Tiang hempap teksi selepas bas mengundur sendiri di Genting Highlands - Utusan Malaysia

Tiang hempap teksi selepas bas mengundur sendiri di Genting Highlands

KEADAAN bas yang melanggar tiang bumbung dan menghempap sebuah teksi berdekatan di kawasan tempat letak kenderaan Taman Cendawan, Genting Highlands di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kejadian cemas berlaku di kawasan tempat letak kenderaan Taman Cendawan, Genting Highlands di sini tengah hari tadi apabila sebuah bas yang diparkir tiba-tiba bergerak sendiri sebelum melanggar tiang bumbung dan menghempap sebuah teksi berdekatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati, pemandu bas yang merupakan lelaki tempatan berusia 45 tahun telah meletakkan kenderaannya di kawasan parkir. Namun, secara tiba-tiba bas itu bergerak sendiri lalu melanggar tembok pembahagi jalan serta tiang bumbung.

“Akibat pelanggaran itu, tiang bumbung berkenaan tumbang dan menghempap sebuah teksi yang berada berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Zaiham berkata, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, namun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN