GUA MUSANG: Penduduk dan pekerja ladang di Kampung Sungai Relai di sini, mendakwa mereka terpaksa berjalan sejauh 15 kilometer (km) dan kemudian mendaki bukit semata-mata untuk mendapatkan liputan rangkaian telefon dan internet. Dakwa mereka, ia selepas menara telekomunikasi di kawasan itu tidak berfungsi lebih 10 tahun lalu. Wakil penduduk, Azrul Azhar, 39, berkata, situasi itu menyebabkan mereka berisiko berdepan ancaman haiwan liar seperti gajah, harimau kumbang dan harimau belang. “Jika ada kecemasan, penduduk terpaksa meminta bantuan daripada pihak pengurus ladang untuk membawa mereka keluar untuk dihantar ke hospital atau membuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya