Tapir jantan mati dilanggar ketika melintas jalan - Utusan Malaysia

Tapir jantan mati dilanggar ketika melintas jalan

KAKITANGAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melakukan pemeriksaan dan mengambil data bangkai tapir jantan yang mati dilanggar di Jalan Kuantan-Kemaman di Cerating, Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seekor tapir jantan dewasa dianggarkan seberat 300 kilogram mati selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan di kilometer 35 Jalan Kuantan-Kemaman, berhampiran Sungai Baging, Cherating di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam itu, haiwan liar yang juga antara spesies terancam tersebut dipercayai keluar dari kawasan hutan berhampiran sebelum melintas jalan dan dirempuh kenderaan jenis Perodua Alza.

Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, pemandu kenderaan tersebut yang merupakan lelaki tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak polis dari Balai Cherating segera dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kuantan dan menjalankan kawalan lalu lintas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Mohd. Adli berkata, bangkai tapir sudah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kawasan kejadian merupakan laluan biasa haiwan liar keluar dari habitat asal, khususnya pada waktu malam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN