MELAKA: Kawasan perairan jeti nelayan Sungai Lereh menjadi projek perintis penternakan ketam nipah berasaskan inovasi dan kupang sekali gus membuka peluang sumber pendapatan tambahan nelayan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata, kaedah penternakan ketam nipah berasaskan inovasi itu akan mengikut kaedah nelayan di Langkawi bagi berkongsi ilmu, teknik dan cara menternak spesies itu secara moden. “Sebagai permulaan kawasan perairan jeti nelayan Sungai Lereh akan menjadi projek…