SMAP Kajang, SAS johan Bahas Piala Perdana Menteri Ke-50

SMAP Kajang, SAS johan Bahas Piala Perdana Menteri Ke-50

ANWAR Ibrahim bergambar bersama pemenang Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.-UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya muncul johan dalam Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri (PPM) ke-50 tahun 2025 bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bagi kategori Bahasa Melayu SMAPK menewaskan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sabak Bernam manakala SAS pula mengatasi Sekolah Menengah Sains (SMS) Muar dalam kategori Bahasa Inggeris.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua sekolah menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan iPad.

Pembahas Terbaik Bahasa Melayu dimenangi oleh  Ameen Luqman Norhanizan dari SMAPK manakala Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris dimenangi Syed Mika Syed Mohamad dari SAS.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa piala pusingan pertandingan yang sebelum ini disumbangkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, akan diserahkan kepada Arkib Negara setelah sudah mencapai hampir 50 tahun.

Beliau berkata, piala baharu bagi edisi ke-51 akan disumbangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan pertandingan tahun hadapan akan menyaksikan juara menjadi penerima pertama trofi berprestij itu.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN