Sistem Sejagat guna AI sedia maklumat pusat jagaan, asuhan

Sistem Sejagat guna AI sedia maklumat pusat jagaan, asuhan

AI pusat jagaan
ANFAAL Saari bergambar bersama peserta Townhall Dasar Wanita Selangor 2024-2026 dan Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor 2024-2030, di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mendapatkan maklumat dan mengurus data berkaitan pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas yang akan diberikan akses kepada awam seawal tahun ini.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, sistem tersebut dikenali sebagai ‘Sejagat’ yang kini sedang dibangun dan digunakan dalam fasa satu sebelum diperkenalkan kepada umum.

Menurutnya, Sejagat merupakan portal pemetaan pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas negeri ini dibangunkan bagi membantu pemain industri membuka pusat jagaan di kawasan yang mendapat permintaan tinggi sekali gus menggalakkan lagi ekonomi negeri.

“Ia memberikan maklumat lengkap, pengetahuan dan informasi kepada orang ramai berhubung khidmat penjagaan seperti pusat warga emas, tadika, taska, pusat kesihatan.

“Contohnya kalau mahu mencari cari pusat jagaan orang tua yang kena strok, anak-anaknya boleh melihat peta di kawasannya. Ia juga akan tunjukkan lokasi berpotensi dan terima banyak permintaan. Jadi pengusaha boleh membangunkan operasi di situ,” katanya ketika ditemui pemberita ketika program Townhall Dasar Wanita Selangor 2024-2026 dan Dasar Ekonomi Penjagaan 2024-2030, hari ini.

Anfaal berkata, portal berkenaan juga akan dilengkapi dengan info bantuan ditawar pentadbiran bagi menggalakkan lebih banyak pusat berdaftar.

“Kita mahu maklumat bantuan ditawarkan sampai kepada mereka dan sekiranya JKM luluskan, ia akan dibentang dalam SEJAGAT. Jadi ramai akan terima manfaat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN