Rangka manusia ditemukan di Felda Bukit Mendi sah milik Hanafi yang dilapor hilang tahun lalu - Utusan Malaysia

Rangka manusia ditemukan di Felda Bukit Mendi sah milik Hanafi yang dilapor hilang tahun lalu

LOKASI rangka manusia ditemukan pada Mei lalu di kawasan semak Felda Bukit Mendi di Bera, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Penemuan rangka manusia di kawasan semak Felda Bukit Mendi di sini Mei lalu akhirnya terjawab apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan ia milik Hanafi Mohamad, 48, yang dilaporkan hilang pada 3 Mei tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, keputusan makmal Jabatan Kimia yang diterima minggu ini menunjukkan padanan DNA dengan waris si mati adalah 99.9999 peratus tepat, sekali gus menamatkan misteri kehilangan lelaki tersebut.

Tegasnya, pengesahan identiti itu turut selari dengan laporan kehilangan yang pernah dibuat oleh isteri mangsa menerusi borang MPS1 Orang Hilang kepada pihak polis pada tahun lalu.

“Menurut laporan yang dibuat pada 3 Mei 2024, Hanafi yang berusia 48 tahun ketika itu keluar dari rumah mereka di Felda Bukit Mendi dan tidak pulang semula.

“Usaha mencari oleh keluarga dan penduduk tidak membuahkan hasil, lalu laporan rasmi dibuat kepada pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Zulkiflee berkata, penemuan rangka manusia itu sekitar pukul 11.50 malam, 2 Mei lalu apabila lelaki tempatan, Hemezan Mohd. Zaid yang sedang meracun di kawasan semak dan longkang di belakang di Felda Bukit Mendi terlihat tulang dan tengkorak di atas tanah berpaya.

“Rangka itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah tersebut di kawasan tanah rizab Felda. Kawasan itu merupakan semak samun dan berpaya serta jarang dilalui penduduk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN