SULAYMANIYAH: Seramai 30 anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK) membakar senjata mereka di hadapan sebuah gua di utara Iraq semalam, menandakan langkah simbolik tetapi penting ke arah menamatkan pemberontakan bersenjata selama beberapa dekad terhadap Turkiye. Rakaman majlis tersebut memaparkan anggota PKK, separuh daripadanya wanita, beratur untuk meletakkan senapang AK-47, peluru dan kelengkapan lain ke dalam sebuah kawah besi besar. Api kemudiannya menyambar senjata yang dihala ke langit, disaksikan pegawai Kurdish, Iraq dan Turkiye. PKK, yang diharamkan sejak 1984 dan berkonflik lama dengan kerajaan Turkiye, mengumumkan pembubaran pada Mei lalu, melucutkan senjata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya